Skip to main content

ZON 2 DINOBAT JUARA BOLA TAMPAR SUKJAB 2025, PIALA NAIB CANSELOR USM

SCDCWAEDCXASDC

NIBONG TEBAL, 29 Julai 2025 - Zon 2 berjaya merangkul kejuaraan Kejohanan Bola Tampar SUKJAB 2025 Piala Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed selepas menewaskan juara bertahan, Zon 4, dalam perlawanan akhir.

Diwakili oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Zon 2 mengungguli perlawanan akhir dengan kemenangan 31–24 ke atas Zon 4, yang mewakili Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, sekaligus menamatkan kemaraan mereka selaku juara bertahan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, yang juga merupakan penaja rasmi Piala Bola Tampar SUKJAB.

“Tahniah diucapkan kepada pasukan yang menjuarai kejohanan serta semua pasukan yang telah mengambil bahagian dengan menampilkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan,” kata Naib Canselor.

“Saya berharap kejohanan ini dapat diteruskan dengan lebih meriah dan penyertaan yang lebih meluas pada masa akan datang,” ujar beliau.

ACFWECASDC DCADCASCAWDCDSC

sdadfWCScwcC dsacdvc adsv

Dalam kesempatan tersebut, beliau turut meninjau kemudahan gelanggang bola tampar, bola jaring dan bola keranjang yang telah dinaik taraf, serta memuji usaha Pusat Sukan dan Rekreasi Kampus Kejuruteraan dalam memastikan prasarana sukan sentiasa berada dalam keadaan terbaik untuk kegunaan para pelajar.

Beliau menambah bahawa pihak universiti akan mempertimbangkan cadangan untuk menaik taraf gelanggang tenis dalam masa terdekat demi menjamin aspek keselamatan dan keselesaan pelajar semasa menjalani sesi latihan.

Tempat ketiga menjadi milik Zon 6 (Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa) yang menundukkan Zon 1 (Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia) dengan keputusan 31–21 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat kejohanan yang diadakan di Kampus Kejuruteraan ini.

Sebanyak enam pasukan yang mewakili keenam-enam pusat pengajian di Kampus Kejuruteraan telah mengambil bahagian, iaitu Zon 1 hingga Zon 6, menampilkan semangat kesukanan, kerjasama dan daya saing yang tinggi dalam kalangan staf USM.

Turut hadir menyaksikan kejohanan ialah Pengerusi Kelab Kebajikan & Sukan Staf Kampus Kejuruteraan (KKSSK), Profesor Ir. Dr. Zainal Ahmad dan Pengarah Kejohanan, Profesor Madya Dr. Azam Taufik Mohd Din.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Ihsan Kelab Kebajikan & Sukan Staf Kampus Kejuruteraan (KKSSK)