Skip to main content

LAWATAN PELAJAR UNIVERSITI OF TWENTE KE USM KUKUHKAN PERKONGSIAN ILMU

DSC 2497

NIBONG TEBAL, 28 Julai 2025 - Lawatan akademik oleh 22 orang pelajar pascasiswazah bersama 2 orang pensyarah dari University of Twente, Netherlands ke Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) telah membuka ruang kerjasama lebih erat dalam perkongsian ilmu serta penyelidikan, khususnya dalam bidang sains dan teknologi kimia.

Lawatan anjuran Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PPKK) USM itu dimulakan dengan sesi pengenalan oleh Dekan PPKK, Profesor Ir. Dr. Zainal Ahmad, yang memperincikan peranan USM dalam memacu penyelidikan berasaskan inovasi di peringkat nasional dan antarabangsa.

DSC 2521 DSC 2523

DSC 2503 DSC 2580

“USM melalui Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia sentiasa menitikberatkan inovasi dan perkongsian ilmu dengan rakan strategik antarabangsa,” kata beliau.

“Saya yakin lawatan ini akan membuka peluang lebih luas untuk projek bersama, pertukaran pelajar, dan penggunaan kemudahan penyelidikan secara bersama demi memperkukuh jaringan akademik global,” tambah Zainal.

Delegasi University of Twente diketuai oleh Profesor Dr. Ing. Meik B. Franke, turut menampilkan pembentangan ringkas oleh Harmen Nanninga, pelajar Sarjana Kejuruteraan Kimia, yang memperkenalkan universiti tersebut dalam sesi pengenalan di PPKK tersebut.

DSC 2580 DSC 2613

DSC 2635 DSC 2639

 

Program diteruskan dengan sesi lawatan ke beberapa makmal utama PPKK seperti Central Analytical Laboratory, Unit Operation Laboratory, Process Control Laboratory dan Membrane Technology Research Laboratory, selain meninjau kemudahan di Science and Engineering Research Centre (SERC).

Teks: Nur Amirah Sofiah Hasni dan Nuralya Athirah Bokhari (Pelajar Latihan Industri)
Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman