Skip to main content

PENGARAH KAMPUS KEJURUTERAAN SUNTIK SEMANGAT KONTINJEN PIPIT HUTAN HADAPI HARI WARGA STAF 2025

DSC 2892

NIBONG TEBAL, 4 Ogos 2025 - Lebih 200 atlet kontinjen Pipit Hutan hadir dalam sesi perjumpaan bersama Pengarah Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Ir. Dr. Mariatti Jaafar @ Mustapha, sebagai persediaan menghadapi Hari Warga Staf 2025 (HWS 2025).

Dalam ucapannya, Profesor Ir. Dr. Mariatti menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan kontinjen yang akan bertanding dalam 10 acara, sambil menekankan kelebihan sebagai tuan rumah.

DSC 2837 DSC 2810

DSC 2858 DSC 2814

“Kita mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah dan saya berharap kita mampu membawa pulang Piala Pusingan HWS 2025 yang akan berlangsung pada 15 hingga 16 Ogos nanti,” katanya.

Beliau turut mengakui penyertaan sebagai atlet memerlukan komitmen, toleransi, dan pengorbanan masa, sambil menghargai usaha semua pihak termasuk pasukan di belakang tabir.

Sementara itu, Ketua Kontinjen Pipit Hutan, Profesor Ir. Dr. Fadzli Mohamed Nazri, menyeru para atlet untuk mengekalkan semangat tinggi dan kekuatan pasukan.

“Walaupun kita pasukan kecil, semangat kita besar,” kata beliau.

DSC 2870 DSC 2871

DSC 2879 DSC 2892

“Pada HWS 2025 ini, kita bergerak dengan semangat kolektif dan bersatu hati untuk memberi persembahan terbaik,” ujarnya.

Hari Warga Staf merupakan acara dwitahunan USM yang pada tahun ini menyaksikan Kampus Kejuruteraan sebagai tuan rumah.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman