Skip to main content

PROGRAM KECEMERLANGAN SPM 2025 CETUS INSPIRASI PELAJAR DI KAMPUS KEJURUTERAAN USM

DSC 3559

NIBONG TEBAL, 13 Ogos 2025 - Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PPKK) dengan kerjasama Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), telah menganjurkan Program Kecemerlangan SPM 2025 untuk pelajar-pelajar dari SMK Bagan Serai.

Dalam ucapan alu-aluannya, Dekan PPKK menekankan kepentingan perancangan masa depan secara strategik, khususnya bagi tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang.

DSC 3393 DSC 3407

DSC 3436 DSC 3440

“Pilihlah bidang yang mempunyai kebolehpasaran graduan yang tinggi, terutamanya yang berfokus kepada STEM,” kata Zainal.

“Rancang dengan teliti dan tetapkan matlamat yang jelas untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak SMK Bagan Serai kerana memilih PPKK sebagai lokasi program ini dan berharap lawatan ini bukan yang pertama dan terakhir.

DSC 3453 DSC 3472

DSC 3510 DSC 3521

Sementara itu, Pengetua SMK Bagan Serai, Puan Hajah Yani Binti Kimi, menggalakkan pelajar untuk merebut sebanyak mungkin peluang sepanjang program bersama pakar-pakar dari Kampus Kejuruteraan USM.

“Peluang seperti ini amat jarang diperolehi,” ujarnya.

“Berada dalam suasana universiti dan mendapat perkongsian secara langsung daripada pensyarah-pensyarah terpilih adalah sesuatu yang amat bernilai,” tambah Yani.

Program ini menampilkan sesi interaktif, ceramah motivasi serta pendedahan kepada pelbagai disiplin kejuruteraan, dengan matlamat memberi inspirasi kepada pelajar untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM akan datang.

Teks: Siti Faizah Abdul Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman