Skip to main content

MERBAH SURIH RANGKUL KEJUARAAN BOLING, BUKA TIRAI HARI WARGA STAF USM 2025

DSC 4499

PERAI, 15 Ogos 2025 – Kontinjen Merbah Surih dari Kampus Induk muncul juara Pertandingan Tenpin Boling sempena Hari Warga Staf Universiti Sains Malaysia (USM) 2025 yang berlangsung di Mega Mall Penang hari ini.

Kemenangan ini sekaligus menjadi pembuka tirai bagi keseluruhan program pertandingan HWS 2025 yang akan berlangsung dari 15 hingga 16 Ogos 2025 ini.

Dengan balingan yang konsisten, Merbah Surih berjaya menewaskan empat kontinjen lain iaitu Pipit Hutan, Sambar Kuning, Pekaka Udang, dan Pucung Harimau untuk menduduki takhta kejuaraan dengan jumlah jatuhan pin 5860.

DSC 4491 DSC 4472 

DSC 3950 DSC 3837

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Pipit Hutan meraih tempat kedua dengan 5492 jatuhan pin, manakala Pekaka Udang di tempat ketiga dengan catatan 5484 pin.

Kecemerlangan kontinjen juara turut diserikan dengan kemenangan di kategori Jatuhan Pin Tertinggi Individu Lelaki, dimenangi oleh Arief Ranadhan Juswa dari Merbah Surih dengan catatan 714 pin.

Sementara itu, Nor Zainah Bahari dari Pipit Hutan mengungguli kategori Jatuhan Pin Tertinggi Individu Wanita dengan 566 pin.

Pertandingan yang menyaksikan persaingan sengit sejak awal itu melibatkan lima kontinjen dengan lebih daripada 60 peserta.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman