Skip to main content

BRISK WALK & PLOGGING DI BIOECODS: SIHAT, BERSIH DAN KAMPUS HIJAU

sdafweqfefqwe

NIBONG TEBAL, 25 Ogos 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) telah menganjurkan aktiviti Berjalan Pantas (Brisk Walk) dan Plogging di kawasan Bio-Ecological Drainage System (BIOECODS), di Kampus Kejuruteraan USM hari ini.

Program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus sambil meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar melalui amalan mengutip sampah ketika berjalan, selaras dengan aspirasi USM untuk memperkukuh peranan sebagai kampus hijau, khususnya di sekitar kawasan BIOECODS.

Pengarah program, Syafiq Shaharudin, berkata, aktiviti ini di harap dapat memberi manfaat berganda kepada peserta kerana ianya menggabungkan elemen kesihatan fizikal dan kelestarian alam sekitar.

“Aktiviti seperti berjalan pantas dan plogging ini bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi juga dapat membantu dalam memastikan BIOECODS kekal bersih dan lestari,” katanya.

Menurut Syafiq, BIOECODS di USM merupakan sistem saliran bioekologi pertama seumpamanya di Malaysia yang mengintegrasikan fungsi kejuruteraan sungai dengan prinsip ekologi.

acadcwecascdsadcasc afrwfwqefds

sadqwdwdddwqd sdasdfasdfas

“Ia turut diiktiraf sebagai UNESCO Ecohydrology Demonstration Site kerana keberkesanannya dalam mengurus air hujan, meningkatkan kualiti air serta memperkayakan landskap kampus,” kata beliau.

Tambah beliau, penganjuran program ini menegaskan lagi peranan BIOECODS sebagai pusat pembelajaran dan amalan Nature-Based Solutions (NbS) yang bukan sahaja menangani isu banjir kilat, malah meningkatkan kesedaran komuniti terhadap pentingnya kelestarian.

“Selain menggalakkan gaya hidup aktif dan minda sihat, aktiviti ini juga menyumbang secara langsung kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDGs), khususnya dalam aspek kesihatan dan kesejahteraan, komuniti lestari serta pemeliharaan biodiversity,” ujarnya.

“Dengan penglibatan pelajar, staf dan komuniti setempat, program ini membuktikan komitmen USM untuk terus menjadi peneraju dalam amalan kelestarian, menjadikan kampus bukan sahaja pusat kecemerlangan akademik, tetapi juga ikon kampus hijau di rantau ini,” tambah Syafiq.

Selepas sesi brisk walk, para peserta turut diraikan dengan Healthy Breakfast Campaign yang berlangsung di perkarangan REDAC, menekankan kepentingan memilih sarapan sihat yang mampu menyumbang kepada tubuh yang cergas, minda yang ceria dan hari yang lebih produktif.

Teks dan Foto: Ihsan Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC)