Skip to main content

USM PERKASA INISIATIF STEM BERSAMA SK METHODIST PARIT BUNTAR

DSC 6825

NIBONG TEBAL, 11 Disember 2025 - Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini terus memperkukuh agenda pendidikan negara melalui pelaksanaan Program Kolaborasi STEM USM dengan Sekolah Kebangsaan Methodist, Parit Buntar di Kampus Kejuruteraan.

Program ini merupakan inisiatif khas Naib Canselor, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed untuk memperluas lagi pembudayaan STEM dalam kalangan masyarakat.

Program yang berlangsung hari ini melibatkan 30 murid Tahun Lima bersama enam guru pengiring, dengan fokus kepada pendedahan awal dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

DSC 6803 DSC 6810

DSC 6856 DSC 6886

DSC 6899 DSC 6947

Wakil pihak penganjur dari Sains@USM, Cik Rohaya Husny Pahmy berkata, program tersebut merupakan platform bagi menggalakkan minat pelajar terhadap STEM melalui aktiviti praktikal yang dibimbing oleh pensyarah serta pelajar USM.

Menurut beliau, pendekatan ‘hands-on’ itu bertujuan untuk mencetuskan kreativiti, pemikiran inovatif dan keyakinan murid-murid terlibat untuk meneroka bidang berkaitan teknologi pada masa hadapan.

Tambah beliau, inisiatif ini juga selaras dengan usaha USM dalam melestarikan hubungan strategik bersama komuniti sekitar, sekali gus memperkukuh fungsi universiti sebagai pusat penyebaran ilmu dan pemangkin pembangunan masyarakat.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman