USM KAMPUS KEJURUTERAAN JOHAN KEJOHANAN BOLING BERPASUKAN PIALA PUSINGAN BANK RAKYAT 2025

BUKIT MERTAJAM, 13 Disember 2025 - Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan telah menyertai Kejohanan Boling Berpasukan Piala Pusingan Bank Rakyat Cawangan Jawi Tahun 2025 yang berlangsung di Ole-Ole Super Bowl baru-baru ini.
Pasukan USM yang diwakili oleh Mohd Nurul Azrol Mohd Yusof, Mohd Rahmat Ariffin, Rosni Hasan dan Nor Zainah Bahari berjaya menampilkan prestasi cemerlang dalam kejohanan yang disertai 11 pasukan daripada pelbagai agensi kerajaan sekitar Seberang Perai Selatan.

Dalam kejohanan tersebut, Pasukan Kampus Kejuruteraan USM telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan dengan catatan 1249 jatuhan pin, sekali gus membawa pulang Piala Pusingan Bank Rakyat bersama-sama Piala Iringan.
Selain itu, kejayaan turut dilakar oleh Azrol dan Rosni apabila masing-masing memenangi kategori Hi-Series Lelaki dan Hi-Series Wanita dengan catatan jatuhan pin yang sama iaitu 336.
Teks: Mohd Rahmat Arifin & Siti Faizah Abdul Halim/Foto: Mohd Rahmat Arifin