Skip to main content

DESASISWA JAYA LEMBARAN UTAMA PAMER PRESTASI CEMERLANG DI SUKAD FASA 1 USM 2026

WhatsApp Image 2026 01 21 at 14.53.33

USM PULAU PINANG, 18 Januari 2026 - Program Sukan Antara Desasiswa (SUKAD) Fasa 1 Universiti Sains Malaysia (USM) yang berlangsung selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Januari di Kampus Induk USM melabuhkan tirainya dengan penuh meriah dan semangat kesukanan yang tinggi.

Penganjuran fasa ini menjadi pembuka tirai kepada kejohanan tahunan serta medan awal penilaian prestasi pasukan setiap desasiswa di mana Jaya Lembaran Utama (JLU) Kampus Kejuruteraan berjaya mencatatkan pencapaian yang membanggakan dengan kutipan enam pingat emas dalam acara Catur (Perempuan), Catur (Lelaki), Futsal (Lelaki), Tenis (Lelaki), Badminton (Perempuan), dan Bola Baling (Lelaki).

Selain itu, empat Pingat Perak turut disumbangkan oleh acara Badminton (Lelaki), E-Sukan (Perempuan), Tenis (Perempuan), dan Futsal (Perempuan), manakala tiga Pingat Gangsa disumbangkan oleh acara Petanque (Perempuan), Bola Tampar (Perempuan), dan Bola Baling (Perempuan).

Selain itu, pasukan JLU turut menunjukkan prestasi memberangsangkan menerusi penyertaan aktif dalam beberapa acara lain seperti Petanque (Lelaki), E-Sukan (Lelaki), Bola Tampar (Lelaki), Bola Jaring serta Hoki (Lelaki dan Perempuan).

Berdasarkan sistem pemarkahan SUKAD Fasa 1, Kampus Kejuruteraan berjaya mengumpul 67 mata keseluruhan hasil kemenangan pingat, kemaraan ke peringkat separuh akhir serta penyertaan dalam acara yang dipertandingkan.

caccsaczxczxc dawdxasxdasd

fdsafcdscs sdcacascwasa

Menurut Penggawa Desasiswa JLU, Hasliza Mat Saad, pencapaian ini mencerminkan tahap disiplin yang tinggi, persiapan rapi serta komitmen padu para atlet, barisan pengurusan pasukan dan sokongan berterusan warga Desasiswa JLU.

“Selain menjadi medan persaingan sihat, SUKAD Fasa 1 turut menyumbang kepada pembangunan holistik mahasiswa melalui pembentukan kepimpinan, ketahanan fizikal dan mental, disiplin diri serta pemupukan semangat perpaduan antara desasiswa,” ujarnya.

SUKAD Fasa 1 menghimpunkan penyertaan mahasiswa dan mahasiswi daripada semua desasiswa USM yang bertanding dalam beberapa acara terpilih bagi fasa pertama kejohanan, iaitu tenis, bola jaring, futsal, badminton, bola tampar, hoki, catur, e-sukan, petanque dan bola baling.

Teks dan Foto: Ihsan Majlis Penghuni Desasiswa JLU (MPDJLU)