Skip to main content

KAMPUS KEJURUTERAAN KINI DIKENALI SEBAGAI KAMPUS KEJURUTERAAN TUANKU SYED SIRAJUDDIN, USM

2V4A2797

ARAU, PERLIS, 22 Januari 2026 - Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) kini secara rasmi dinamakan Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, USM, selepas dimasyhurkan oleh Canselor USM, D.Y.M.M. Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Kampus yang terletak di Nibong Tebal, Pulau Pinang ini menempatkan seramai 4,453 pelajar dan telah melahirkan 23,575 alumni sejak penubuhannya, memainkan peranan sebagai pusat utama pengajian serta penyelidikan kejuruteraan di USM.

2V4A2568 2V4A2685

2V4A2741 2V4A2741

Kampus ini merangkumi enam pusat pengajian iaitu Kejuruteraan Aeroangkasa, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Kejuruteraan Kimia serta Kejuruteraan Mekanik. Selain itu, kampus ini turut menempatkan beberapa pusat penyelidikan berimpak tinggi iaitu Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC), Pusat Kecemerlangan Reka Bentuk Mikroelektronik Kolaboratif (CEDEC) dan Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC).

2V4A2771 2V4A2798

2V4A2881 2V4A2939

Pemasyhuran nama baharu ini mencerminkan pengukuhan peranan kampus sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang teknologi semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), pembungkusan elektronik termaju serta pelbagai cabang kejuruteraan lain melalui kerjasama strategik bersama industri di peringkat tempatan dan global.

Pengisytiharan ini turut menegaskan komitmen Kampus Kejuruteraan untuk terus memacu kecemerlangan akademik, inovasi teknologi serta pembangunan modal insan berkemahiran tinggi bagi menyokong pertumbuhan industri dan pembangunan serantau.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Mohd Fairus Md Isa