34 STAF AKADEMIK KKTSS HADIR CERAMAH “COLLABORATION INDUSTRY - INSTITUTION THROUGH HRD CORP”

NIBONG TEBAL, 6 April 2026 - Seramai 34 orang staf akademik Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS), Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini hadir ke program ceramah “Collaboration Industry - Institution Through HRD Corp” anjuran Pejabat Pengarah.
Ceramah tersebut disampaikan oleh Puteri Simaa Megat Ismail, Penolong Naib Presiden, Stakeholder Engagement Northern Region, Human Resources Development Corporation (HRDCorp).
Program ini bertujuan memberi peluang kepada peserta untuk memahami secara langsung peluang, prosedur, dan manfaat yang ditawarkan oleh HRD Corp, termasuk bagaimana Pusat Pengajian dan Pusat Kecemerlangan kampus boleh memanfaatkan program latihan yang dibiayai oleh HRD Corp.
Pengarah Kampus, Profesor Ir. Dr. Mariatti Jaafar @ Mustapha, yang turut hadir memberi sokongan, berkata program ini merupakan kesinambungan daripada sesi ceramah yang diadakan secara dalam talian pada 9 September 2025.
“Berdasarkan maklum balas positif daripada program sebelum ini, sesi hari ini diadakan secara bersemuka bagi membolehkan peserta mengemukakan soalan dan mendapatkan penjelasan secara langsung daripada pihak HRD Corp,” katanya.


Program hari ini memberi fokus kepada latihan dan peluang yang ditawarkan oleh HRD Corp, termasuk jenis latihan yang boleh diikuti oleh staf industri serta cara memohon yuran pengajian MSc/PhD yang dibiayai HRD Corp.
Ceramah ini juga bertujuan meningkatkan pemahaman staf akademik mengenai peluang kerjasama dalam pembangunan kemahiran dan latihan industri yang disediakan melalui HRD Corp.
Dalam ucapan beliau, Pengarah Kampus turut berharap agar staf akademik yang hadir dapat memanfaatkan peluang ini untuk memperkaya pengetahuan serta mendapatkan input berguna yang boleh diaplikasikan dalam program akademik dan kerjasama industri Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing.
Turut hadir ialah Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, Profesor Madya Dr. Abdullah Aziz Saad, dan Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC), Ir. Ts. Gs. Dr. Chang Chun Kiat serta Penolong Naib Presiden, Account Management - Penang Office Northern Region Department, Regional Operations Division, HRD Corp, Mohamad Shahril Azuan Mohamad Nor.
Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman