Skip to main content

SARUNG FUN CATWALK SOKONG INISIATIF KELESTARIAN KAMPUS

DSC 4009

NIBONG TEBAL, 8 April 2026 – Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC), Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS), Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah menganjurkan program Sarung Fun Catwalk sebagai salah satu inisiatif dalam memperkukuh agenda kelestarian kampus.

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Kelestarian Kampus Kejuruteraan ini memberi penekanan kepada aspek kelestarian kesihatan menerusi penglibatan aktif warga kampus dalam aktiviti fizikal yang bersifat santai dan inklusif.

Penyelaras SERC, Hariy Pauzi berkata, penganjuran program tersebut selari dengan objektif pelaksanaan inisiatif kelestarian di peringkat kampus, khususnya dalam memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warganya.

DSC 3641 DSC 3673

DSC 3719 DSC 3804

DSC 3986 DSC 4050

DSC 4029 DSC 4044

“Selain itu, penganjuran program ini turut mengambil kira saranan Pengarah Kelestarian Kampus, Ir. Ts. Gs. Dr. Chang Chun Kiat, agar inisiatif seumpama ini dijadikan sebagai salah satu program rasmi kampus bagi memperkukuh pelaksanaan agenda kelestarian secara menyeluruh,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar Sarung Fun Catwalk dijadikan sebagai acara tahunan kampus, selain berpotensi untuk diperluaskan dengan jarak larian atau laluan yang lebih mencabar pada masa akan datang.

“Pada masa sama, program ini turut menyediakan ruang kepada warga kampus untuk melibatkan diri dalam aktiviti luar yang menyokong kesejahteraan fizikal, sekali gus membantu mengimbangi tuntutan rutin kerja harian,” ujarnya lagi.

Program sejauh dua kilometer ini telah disertai oleh kira-kira 62 orang staf kampus, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan warga KKTSS USM terhadap pelaksanaan agenda kelestarian.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman