PENGAMBILAN OKTOBER 2026 DIBUKA BAGI SARJANA SAINS KEJURUTERAAN KESELAMATAN KEBAKARAN USM, TAWAR PEMBIAYAAN MELALUI HRD CORP

NIBONG TEBAL, 16 April 2026 - Universiti Sains Malaysia (USM) membuka pengambilan baharu bagi program Sarjana Sains Kejuruteraan Keselamatan Kebakaran untuk sesi Oktober 2026, dengan kelebihan pembiayaan melalui Human Resources Development Corporation (HRD Corp) yang memberi nilai tambah kepada golongan profesional dalam industri.
Program yang telah ditawarkan sejak 2021 ini dibangunkan melalui kerjasama bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta rakan industri, dengan penekanan kepada bidang analisis kebakaran, perlindungan struktur dan penyiasatan kebakaran, selaras dengan keperluan semasa sektor keselamatan dan pembinaan.
Kemudahan pembiayaan melalui HRD Corp menjadi antara faktor utama yang menjadikan program ini lebih menarik, khususnya kepada majikan dan pekerja industri.
Melalui skim ini, levi syarikat boleh dimanfaatkan bagi menampung yuran pengajian, sekali gus mengurangkan beban kos dan menggalakkan peningkatan kemahiran secara berterusan dalam kalangan tenaga kerja.

Program ini turut direka dengan pendekatan fleksibel bagi memenuhi keperluan profesional bekerja, termasuk kelas hujung minggu dan pembelajaran teradun, membolehkan peserta menyeimbangkan komitmen kerjaya dan pengajian secara efektif.
Selain itu, program ini diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) serta menyediakan laluan kemasukan alternatif melalui Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) kepada individu berpengalaman dalam industri tanpa ijazah sarjana muda.
Pengambilan bagi sesi Oktober 2026 kini dibuka kepada calon yang berminat, khususnya dalam kalangan profesional industri yang ingin memperkukuh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keselamatan kebakaran.
Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi https://admission.usm.my/ manakala maklumat lanjut program boleh diperoleh di https://tinyurl.com/3yhsp28z. Permohonan melalui APEL boleh dikemukakan di https://apel.usm.my/. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, USM di talian 04-5996201 / 04-5996203 atau emel