Skip to main content

PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN KIMIA RAIKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK 141 PELAJAR

DSC 5253

22 April 2026 - Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PPKK), Universiti Sains Malaysia (USM) menzahirkan penghargaan kepada seramai 141 mahasiswa dan mahasiswi Tahun 1 hingga Tahun 4 yang mencapai kecemerlangan akademik bagi Semester 1, Sidang Akademik 2025/2026 menerusi penganjuran Majlis Anugerah Sijil Dekan hari ini.

Majlis yang berlangsung dalam suasana meriah itu dianjurkan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Persatuan Pelajar Kejuruteraan Kimia (CHESS), sambil disokong dengan kerjasama warga staf pusat pengajian.

Dekan Pusat Pengajian, Profesor Ir. Dr. Zainal Ahmad, dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kecemerlangan akademik bukan satu-satunya ukuran kejayaan mahasiswa, sebaliknya aspek sahsiah dan penguasaan kemahiran insaniah juga perlu diberi penekanan bagi melengkapkan pelajar menghadapi cabaran kerjaya dan kehidupan.

DSC 5219 DSC 5192

DSC 5212 DSC09459

Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa pusat pengajian, Profesor Madya Dr. Azam Taufik Mohd Din, selaku penasihat program pula memuji penganjuran majlis yang berlangsung dengan lancar dan tersusun hari ini.

Menurut beliau, kejayaan penganjuran majlis tersebut mencerminkan kecekapan gerak kerja sekretariat yang dibarisi oleh pelajar dan staf yang berjaya melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan cemerlang.

“Insya-Allah, kita akan meneruskan penganjuran majlis seumpama ini pada setiap semester bagi meraikan kejayaan pelajar PPKK,” katanya.

DSC09470 DSC09508

DSC09648 DSC 5268

Sementara itu, Pengarah Program, Nur Afiqah Zulhilmi Margulin (Tahun 1), turut menzahirkan penghargaan kepada pihak Pusat Pengajian atas sokongan terhadap penganjuran majlis tersebut, selain menyuarakan harapan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai pemangkin kepada pelajar untuk berusaha lebih gigih mencapai Anugerah Sijil Dekan.

Teks: Ihsan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

Suntingan: Siti Faizah Abd Halim