Skip to main content

KKTSS MERIAHKAN GAYA HIDUP SIHAT MELALUI PROGRAM SENAMROBIK “GLOW IN THE DARK

DSC 7103

NIBONG TEBAL, 15 Mei 2026 - Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS), Universiti Sains Malaysia (USM) terus menyemarakkan amalan gaya hidup sihat menerusi program senamrobik bertemakan Glow in the Dark.

Program yang melibatkan 250 peserta ini merupakan kesinambungan daripada Program Senamrobik Perdana sempena sambutan 25 Tahun KKTSS yang dilaksanakan secara berkala setiap bulan bermula Januari hingga hujung tahun ini.

Dianjurkan secara bersama oleh Jabatan Pendaftar, Jabatan Bendahari dan Jabatan Keselamatan, program kali ini tampil dengan kelainan melalui konsep Glow in the Dark, sekali gus mewujudkan suasana lebih interaktif dan menarik kepada warga kampus untuk aktif sambil mengamalkan gaya hidup sihat.

DSC 7019 DSC 7067

DSC 7103 DSC 7129

Timbalan Pendaftar Kanan Jabatan Pendaftar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Program Senamrobik Sempena 25 Tahun KKTSS, Hafiz Assad Zakaria, merakamkan penghargaan atas sokongan padu warga kampus yang bersama-sama menjayakan program ini.

“Saya berharap agar inisiatif seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan,” kata beliau.

Turut diadakan sesi perkongsian tips penjagaan kesihatan yang disampaikan oleh Dr. Sakinah Md Yusof, Pegawai Perubatan Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan TSS, bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan warga kampus.

Program ini turut dimeriahkan dengan pemilihan peserta paling cemerlang dan PTJ paling sporting.

DSC 7131 DSC 7274

DSC 7296 DSC 7415

Bagi kategori individu, tiga peserta lelaki iaitu Encik Muhammad Syamim Abdul Razak (JPPF), Encik Mohd Fouzi Ali (PPK Awam) dan Encik Mohd Saiful Hasli Azizan (SERC), serta tiga peserta wanita iaitu Puan Noren Asfarina Halim (Jabatan Pendaftar), Puan Nooraini Redzuan (Jabatan Bendahari) dan Puan Ismarulhaida Ismail (Pusat Rancangan Kokurikulum) dipilih sebagai peserta paling cemerlang. Manakala anugerah PTJ paling sporting dimenangi oleh Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC).

Turut hadir ialah Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, Profesor Madya Dr. Abdullah Aziz Saad; Pengerusi Rancangan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT) KKTSS, Ajuntha a/p Kuppan, dan Penyelaras SERC, Hariy Pauzi; Ketua Penolong Bendahari Jabatan Bendahari KKTSS, Ismail Jamaluddin dan Pegawai Keselamatan Kanan Jabatan Keselamatan KKTSS, Mohd Isshak Mohd Isa.Top of Form

Teks: Ihsan Jabatan Pendaftar KKTSS / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman