ZON TIGA JUARA KEJOHANAN BOLA JARING SUKJAP 2026
NIBONG TEBAL, 21 Mei 2026 - Zon 3 berjaya dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Jaring SUKJAP 2026, manakala Zon 6 muncul sebagai naib juara. Sementara itu, Zon 2 dan Zon 5 masing-masing meraih tempat ketiga dan keempat dalam kejohanan tersebut.
Program Kejohanan Bola Jaring SUKJAP 2026 Piala Profesor Madya Ts. Dr. Hjh. Fatimah Binti De'nan telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 20 hingga 21 Mei 2026 di Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin Universiti Sains Malaysia.
Kejohanan tersebut mendapat sambutan dan penyertaan yang amat menggalakkan daripada warga kampus dengan penglibatan enam zon yang mewakili pelbagai pusat pengajian dan jabatan di kampus.
Zon 1 diwakili oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Jabatan Keselamatan, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Alumni dan Pusat Islam, manakala Zon 2 melibatkan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Jabatan Pendaftar, Pejabat Pengarah dan Pusat Penyelidikan Pusat Penyelidikan Sains & Kejuruteraan.
Zon 3 pula terdiri daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Pusat Transformasi Digital, Desasiswa Jaya Lembaran Utama dan Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti, sementara Zon 4 diwakili oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar dan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi & Terjemahan.
Bagi Zon 5, penyertaan melibatkan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, Perpustakaan, Unit Kesihatan dan Ko-Kurikulum, manakala Zon 6 terdiri daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Jabatan Pembangunan, Jabatan Bendahari, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Pusat Swa-Akreditasi.
Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman