Skip to main content

Pusat Pengajian Bahasa, Literasi, dan Terjemahan

Universiti Sains Malaysia
Pengenalan

Pusat Pengajian Bahasa, Literasi, dan Terjemahan (PPBLT) Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) ditubuhkan untuk meningkatkan kecemerlangan linguistik serta kemahiran komunikasi. Melalui program-program khas, PPBLT bertujuan untuk melahirkan para profesional yang mahir dalam bahasa, literasi, dan terjemahan dalam konteks tempatan dan antarabangsa.

PPBLT menawarkan kursus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa asing. Pusat pengajian ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan kompetensi bahasa dan membekalkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya di alam pekerjaan yang semakin mencabar. Pusat pengajian ini juga menyediakan persekitaran yang kondusif agar pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa. 

PPBLT menyediakan kemudahan asas kepada pelajar seperti makmal bahasa, bilik tutorial dan bilik seminar. Kemudahan ini membantu pelajar untuk belajar dalam keadaan yang selesa dan menguasai bahasa dengan lebih baik supaya mereka dapat berkomunikasi dengan baik.

Selain itu, PPBLT juga menyediakan program latihan industri dan penglibatan komuniti yang memberi peluang kepada pelajar dan pensyarah untuk memperoleh pengalaman berharga sambil memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kemahiran, malah turut memupuk nilai-nilai murni seperti semangat kerjasama, kepimpinan, dan kesedaran budaya.

Fokus utama PPBLT adalah untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan bahasa dan pemahaman budaya, serta mewujudkan komuniti yang berdaya saing sambil memupuk pertumbuhan peribadi dan profesional. 

Dengan semangat berdedikasi dan komitmen yang tinggi, Pusat Pengajian ini berpotensi untuk berada di barisan hadapan dalam dunia pendidikan bahasa, seterusnya membantu pelajar mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka pada masa hadapan.

Warga Kampus
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang
Pusat Pengajian Bahasa, Literasi & Terjemahan, Universiti Sains Malaysia