Unit Kesihatan USM Kampus Kejuruteraan ditubuhkan pada tahun 1990 di Kampus Kejuruteraan Tronoh, Perak, bagi menyediakan perkhidmatan perubatan kepada pelajar jurusan kejuruteraan. Pada tahun 2001, unit ini telah berpindah secara rasmi ke kampus baharu di Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Kini, Unit Kesihatan dikendalikan oleh satu pasukan kesihatan yang terdiri daripada:
- 3 Pegawai Perubatan
- 1 Pegawai Pergigian
- 2 Penolong Pegawai Perubatan
- 5 Jururawat
- 2 Penolong Pegawai Farmasi
- 1 Juruteknologi Makmal Perubatan
- 2 Pembantu Perawatan Pergigian
- 1 Pembantu Perawatan Kesihatan
- 1 Pemandu
Unit Kesihatan memberi tumpuan secara komprehensif dalam aspek pencegahan, rawatan, pemulihan dan pengurusan sumber kesihatan. Perkhidmatan yang ditawarkan meliputi rawatan pesakit luar bagi kes ringan, rawatan kecemasan, serta rujukan bagi kes serius ke fasiliti kesihatan berdekatan seperti Hospital Parit Buntar, Hospital Daerah Sungai Bakap, Hospital Bukit Mertajam, Hospital Seberang Jaya serta Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM.
Selain menyediakan rawatan perubatan dan pergigian, Unit Kesihatan turut memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan awam di dalam kampus. Ini termasuk aktiviti kawalan penyakit berjangkit, dan pemantauan kebersihan kantin bagi menjamin keselamatan makanan serta kesejahteraan seluruh warga kampus.
Sepanjang penubuhannya, Unit Kesihatan telah diterajui oleh beberapa Ketua Unit:
- Dr. Mohammad Iqbal Omar (Kampus Tronoh ,1990-1998)
- Dr. Mohan (Kampus Tronoh ,1998-1999)
- Dr. Naeem Khan (Kampus Tronoh,Kampus Nibong Tebal 1999–2004)
- Dr. Menal A. Hamdi (Kampus Nibong Tebal 2005–2019)
- Dr. Farhi Abidin (Kampus Nibong Tebal 2019–kini)
Dengan misi untuk menyokong kesejahteraan komuniti universiti, Unit Kesihatan komited dalam menyumbang kepada pembangunan holistik warga kampus – dari aspek fizikal, mental, rohani dan sosial, sejajar dengan aspirasi USM ke arah kecemerlangan dan kelestarian.