Jabatan Pendaftar Kampus Kejuruteraan telah mula beroperasi di Kampus Kejuruteraan pada tahun 2001. Ia terdiri daripada dua (2) bahagian iaitu Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Pengurusan Akademik.
Jabatan Pendaftar berfungsi sebagai nadi utama bagi mengendalikan segala urusan yang berkaitan pengurusan sumber manusia, pengurusan akademik serta urus tadbir dan kemudahan pusat. Jabatan Pendaftar, Kampus Kejuruteraan memainkan peranan berteraskan tiga matlamat strategik iaitu
Menarik bakat yang kompeten sesuai dengan hala tuju Universiti
Mengekalkan bakat yang kompeten serta
Membangunkan bakat sesuai dengan perubahan persekitaran dan hala tuju Universiti.
Warga Kampus
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia