Selari dengan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 (MAIB2030) yang bertujuan memajukan Malaysia sebagai negara aeroangkasa terkemuka di Asia Tenggara, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa (SAE), USM bertekad untuk menyumbang secara aktif dalam merealisasikan visi ini dengan melahirkan bakat-bakat industri yang kompetitif untuk rantau ini. SAE terletak di Kampus Kejuruteraan yang indah di Nibong Tebal, dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang dinamik untuk membentuk pelajar-pelajar yang berdaya saing serta berimpak tinggi. Dengan tumpuan kepada teknologi terkini, SAE menggalakkan inovasi menerusi empat kluster penyelidikan utama: Bendalir, Reka Bentuk Sistem, Struktur dan Bahan, serta Sistem Angkasa.
Warga Kampus
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia