Skip to main content

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

Universiti Sains Malaysia
Pengenalan

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), termasuk di Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan ditubuhkan secara rasminya pada 2 Oktober 2002 (Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti, 1 Oktober 2002). UKKP dipertanggungjawabkan dalam pengurusan aspek-aspek keselamatan dan Kesihatan pekerjaan (KKP) di USM secara pusat selaras dengan kehendak perundangan negara, terutamanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Visi: Meneraju pengurusan keselamatan dan Kesihatan pekerjaan yang cemerlang dan efektif.

Misi: Memperkasa pengurusan keselamatan dan Kesihatan pekerjaan melalui pematuhan perundangan, pengawalan risiko yang berkesan serta pemupukan budaya kerja selamat dan sihat.

Fungsi UKKP ialah seperti berikut:

  1. Bertindak sebagai penasihat kepada Universiti menerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti dan lain-lain Jawatankuasa yang berkaitan.
  2. Memastikan pematuhan wajar oleh Universiti terhadap undang-undang, peraturan, kod amalan dan piawaian berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  3. Merancang aktiviti dan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan termasuk memastikan pelaksanaan serta keberkesanan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan Universiti.
  4. Menyelaras pelaksanaan audit, pemeriksaan dan penaksiran risiko kawasan kerja serta penyiasatan kemalangan di tempat kerja.
  5. Memberi khidmat kepada Pusat Tanggungjawab berkaitan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diuruskan secara berpusat sebagaimana yang diputuskan oleh Universiti.
  6. Menggalakkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat kepada masyarakat kampus melalui program latihan, kursus, kempen kesedaran dan seumpamanya.
  7. Sebagai pusat rujukan dan maklumat berkenaan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada masyarakat kampus dan agensi-agensi luar.
Aktiviti
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Sains Malaysia