Skip to main content

Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (HAC)

Universiti Sains Malaysia
Pengenalan

Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (P3U) dahulunya dikenali sebagai Unit Perumahan dan Penginapan Universiti (UPPU) yang telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1998.

Penubuhan UPPU berlaku selepas penggabungan beberapa Desasiswa dan bertanggungjawab dalam menyelaras urusan berkaitan penginapan dan perumahan dengan Desasiswa. UPPU diletakkan bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (HEPP).

Pada Jun 2009, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) melalui proses transformasi dan UPPU diletakkan di bawah Sektor Perkhidmatan BHEPP. Pejabat UPPU turut dibuka di setiap Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan BHEPP.

IPada tahun 2015 dan 2016, satu lagi penggabungan Desasiswa telah berlaku. Selepas kajian dan perbincangan, pihak Universiti melalui Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) dalam Mesyuarat JKPU ke-81 Bil. 16/2016 (petikan minit 789.0) telah bersetuju untuk menukar UPPU menjadi Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (P3U) selaras dengan perkembangan terkini dan peranan dalam menjana pendapatan Tabung Biasiswa Universiti.

Terdapat tiga desasiswa di Kampus Kejuruteraan: Desasiswa Lembaran, Desasiswa Jaya, dan Desasiswa Utama. Kampus Kejuruteraan mampu menampung sehingga 2,626 pelajar dalam 7 blok, merangkumi 63 peratus jumlah keseluruhan pelajar.

Warga Kampus
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang
Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (HAC), Universiti Sains Malaysia