Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC) USM ditubuhkan sebagai pusat yang menyediakan perkhidmatan pencirian bahan yang bermakna dan berimpak tinggi melalui instrumen analisis terkini untuk akademia, industri, dan komuniti penyelidikan secara meluas. Pendekatan konsep kemudahan dan perkhidmatan bersama menjadikan SERC sebagai pemangkin pembangunan penyelidikan bertaraf dunia yang kondusif sejak tahun 2013. Visi, misi dan objektif yang jelas seperti berikut menjadi pemangkin kepada SERC berjaya sebagai peneraju Pusat Gunasama kebanggaan universiti. Berikut merupakan Visi, Misi dan Objektif yang telah dibangunkan menerusi Pelan Perancangan Strategik;
Visi: Menjadi Hab Ujian dan Analisis Mampan Pilihan Utama
Misi: Menyediakan perkhidmatan ujian dan analisis yang berkualiti, berimpak tinggi, dan mampan kepada pelanggan melalui penggunaan peralatan berteknologi terkini serta khidmat rundingan teknikal. Pada masa yang sama, membudayakan ekosistem penyelidikan yang kondusif dalam kalangan pemegang taruh.
Objektif:
Menjadi pusat rujukan utama, khususnya di Wilayah Utara, dalam menyediakan perkhidmatan ujian dan analisis bahan yang menyeluruh kepada akademia, industri, dan komuniti penyelidikan.
Memperkukuh dan merapatkan hubungan strategik antara pakar akademia dan industri.
Mengekalkan akreditasi ISO 17025 sebagai standard antarabangsa bagi Makmal Ujian Mekanikal SERC (SMTL) untuk memastikan kebolehpercayaan dan ketepatan dalam ujian.
Membudayakan aktiviti penyelidikan dengan menyediakan kemudahan berteknologi tinggi bagi menyokong penyelidikan inovatif dan berimpak tinggi.
Menyediakan Latihan teknikal dan kemahiran yang kompeten berkaitan pelbagai ujian dan analisis.
Mematuhi amalan makmal dan pengurusan terbaik di semua peringkat.
Campus Life
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC), Universiti Sains Malaysia