Skip to main content

Pejabat Pengarah

Universiti Sains Malaysia
Pengenalan

Sejarah penubuhan Pejabat Pengarah, Kampus Kejuruteraan bermula pada Mei 1986 dengan penubuhan Kampus Sementara Cawangan Perak yang beroperasi di Bangunan Lama Majlis Perbandaran Ipoh. Profesor Madya Dr. Mohd Muslim Mohd Yusoff telah dilantik sebagai Pengarah Kampus yang pertama bagi memastikan kelancaran pengoperasian dan pentadbiran USM Kampus Cawangan Perak (KCP) ketika itu. Legasi Pejabat Pengarah diteruskan di Nibong Tebal, Pulau Pinang apabila kampus berpindah dari Seri Iskandar, Perak ke lokasi baharu tersebut pada Mei 2001.

Kini, Pejabat Pengarah menyediakan perkhidmatan pemudahcara secara profesional kepada pelanggan dalam aspek Pengurusan Program Rasmi, Penyediaan Kemudahan Dewan, Media dan Penerbitan, Protokol serta Pengurusan Lawatan, selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh universiti. Pejabat ini diterajui oleh Pengarah Kampus bersama Ketua Penolong Pendaftar.

Objektif Pejabat Pengarah adalah:

• Melaksanakan pengurusan majlis dan protokol mengikut piawaian secara profesional

• Menyelaras dan memantau penyebaran maklumat yang tepat melalui medium teknologi maklumat, media cetak dan elektronik

• Merancang penyediaan bahan penerbitan yang bermaklumat dan berkualiti secara komprehensif

• Menyelaras, menyelenggara dan memantau aktiviti yang melibatkan penggunaan dewan

• Bertanggungjawab mempengerusikan mesyuarat pengurusan dan jawatankuasa di bawahnya

• Menyediakan sistem penyampaian terbaik dalam aspek perkhidmatan perhubungan awam kepada pelanggan

• Menyebar dan mempromosi maklumat mengenai aktiviti-aktiviti rasmi universiti

• Menyelaras ruang, peralatan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran

• Menyelaras dan memantau hal-hal yang berkaitan Kualiti dan Akreditasi

• Menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan perhubungan awam

• Merancang hubungan dan jaringan luar

Warga Kampus
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang
Pejabat Pengarah, Universiti Sains Malaysia