Skip to main content

RAYA TAPI LESTARI DI SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT KAMPUS KEJURUTERAAN

DSC 5076

NIBONG TEBAL, 23 April 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai sebuah universiti berstatus APEX terus komited dalam menjunjung prinsip kelestarian dalam setiap aspek operasi dan budaya kampus sambil berpegang kepada prinsip bahawa ilmu serta nilai mesti berjalan seiring.

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Naib Canselornya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, dalam ucapan perasmian, sempena majlis sambutan Aidilfitri Peringkat Kampus Kejuruteraan hari ini.

DSC 4913 DSC 4916

DSC 4929 DSC 4957

DSC 5018 DSC 5038

DSC 5022 DSC 5024

Menurut beliau, prinsip kelestarian merupakan tunjang penting dalam falsafah dan budaya universiti di mana, dalam setiap penganjuran acara, penggunaan bahan boleh guna semula serta pengurusan sisa makanan yang berhemah adalah sangat digalakkan.

“Usaha mengurangkan pembaziran bukan mengenai pengurusan sumber yang cekap semata, tetapi ianya turut mencerminkan ketinggian akhlak dan tanggungjawab sivik warga sesebuah universiti,” ujar beliau.

Dalam hal ini, beliau menyatakan keyakinan bahawa warga USM mampu menjadi teladan kepada masyarakat dan institusi lain di seluruh negara.

DSC 5027 DSC 5029

DSC03824 DSC03842

DSC 5074 DSC 5084

“Saya mahu melihat USM bukan sahaja sebagai pusat kecemerlangan akademik, tetapi juga sebagai peneraju amalan terbaik dalam membentuk masa depan yang mampan, beretika dan sejahtera untuk semua,” kata Naib Canselor itu.

Mengulas kejayaan penganjuran majlis sambutan Aidilfitri yang disambut meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan warga kampus, Naib Canselor turut memuji semangat kebersamaan yang ditonjolkan oleh seluruh Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Kampus Kejuruteraan.

Sementera itu, Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Ir. Dr. Mariatti Binti Jaafar @ Mustapha yang turut menyampaikan ucapan menyifatkan majlis ini sebagai salah satu acara tahunan yang amat dinanti-nantikan oleh semua warga kampus.

DSC03866 DSC03870

DSC 5125 DSC 5129

DSC 5094 DSC 5096

DSC03875 DSC03901

“Apa yang menjadikan majlis ini istimewa adalah penyertaan dan komitmen semua Pusat Tanggungjawab (PTJ), tanpa mengira saiz atau bilangan staf di mana setiap unit memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran serta kejayaan acara ini,” ujar beliau.

Menurut Mariatti, majlis sambutan Aidilfitri ini bukan sahaja untuk memperingati kemenangan bulan Syawal, malah menjadi simbol kepada semangat kekitaan dan kebersamaan dalam kalangan staf dan pelajar.

DSC 5164 DSC 5170

DSC 5228 DSC 5245

DSC 5221 DSC 5253

DSC 5261 DSC 5199

 

“Ia memberi ruang untuk saling mengenali, bertegur sapa dan memperkukuh hubungan kemanusiaan di luar skop tugasan harian,” kata beliau.

“Apatah lagi, saya percaya bahawa hubungan baik antara staf dan pelajar, serta antara pelbagai jabatan dan unit, adalah asas kepada sebuah ekosistem kampus yang harmoni serta berdaya saing,” tambah Pengarah Kampus itu.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abd Rahman