Skip to main content

PROGRAM GEAR UP@ENGINEERING CAMPUS BERI PENDEDAHAN DUNIA UNIVERSITI KEPADA 92 PELAJAR

DSC 4567

NIBONG TEBAL, 23 April 2025 – Seramai 92 pelajar dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan sekolah-sekolah sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak hari ini telah menyertai program Gear Up@Engineering Campus di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM).

Program ini selama dua hari, dari 22 hingga 23 April ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta merasai kehidupan sebagai siswa dan siswi universiti, di samping memupuk minat terhadap bidang Kejuruteraan yang ditawarkan di USM.

DSC 4377 DSC 4417

DSC 4431 DSC 4439

Antara objektif utama program anjuran Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) ini adalah termasuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, khususnya dalam aspek kemahiran komunikasi, serta membangunkan keyakinan diri dan kemahiran kepimpinan peserta melalui aktiviti berkumpulan.

Selain itu, program ini turut dimanfaatkan sebagai platform untuk memperkenalkan Program Pra-Universiti USM sebagai salah satu pilihan pendidikan tinggi, khususnya dalam kalangan pelajar lepasan SPM dari kawasan utara tanah air.

DSC 4507 DSC 4574

DSC 5267 DSC 5297

Melalui pelbagai aktiviti interaktif dan pendedahan kepada persekitaran kampus sebenar, para peserta berpeluang mendalami dengan lebih dekat program-program Kejuruteraan USM, sekali gus meningkatkan minat mereka dalam bidang ini.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif USM untuk mendekatkan institusi pengajian tinggi dengan komuniti pelajar sekolah menengah, serta menyokong aspirasi pembangunan pendidikan negara secara inklusif dan berkesan.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman