Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KPM INGIN HASILKAN GRADUAN HOLISTIK DAN SEIMBANG

KPM 0186fgj

NIBONG TEBAL, 18 April 2015 - “Kita ingin lahirkan graduan yang holistik dan seimbang dalam apa bidang sekalipun serta mempunyai kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dan dapat bersaing di peringkat antarabangsa serta berpegang kepada prinsip Rukun Negara."

Demikian ujar Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh ketika menyampaikan ucapan bersempena Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2014 (ATS 2014) di Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM), Nibong Tebal, di sini malam tadi.

KPM 0300f

KPM 0275gg

“Ini adalah kerana melalui program-program kepimpinan dan kesukarelawanan yang dilaksanakan oleh mahasiswa berupaya meningkatkan pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran bahasa, kemahiran dalam kepimpinan, etika dan rohani serta meningkatkan tahap integrasi dan perpaduan nasional," ujar beliau mengenai penganjuran ATS 2014 buat kali kedua.

"Oleh yang demikian, anugerah ini juga dapat melahirkan graduan holistik dan seimbang akhlak dan juga ilmu merangkumi sifat-sifat intelek, rohani, emosi, dan fizikal serta membantu perkembangan peribadi para pelajar sebagai agen penyumbang kepada masyarakat, nasional dan global," tambah Idris yang menyampaikan tiga anugerah utama iaitu Anugerah Tokoh Kepimpinan, Kesukarelawanan dan juga Anugerah Menteri Pendidikan.

ATS 2014 merupakan anugerah yang dapat mengiktiraf dan memberi galakan kepada mahasiswa yang telah banyak berusaha untuk menjadi modal insan yang holistik dan kompeten selari dengan kehendak ekonomi serta pembangunan masa kini.

KPM 0308ghk

Sebanyak 19 anugerah telah dipertandingkan iaitu sembilan anugerah untuk kategori Kepimpinan, tujuh Anugerah untuk kategori Kesukarelawanan, satu Anugerah Tokoh Kepimpinan Siswa, satu Anugerah Tokoh Sukarelawan Siswa dan Anugerah Utama (Augerah Menteri Pendidikan 2014) dan Penghargaan Khas oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT) kepada 8 penerima selaras dengan lonjakan pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Idris turut menegaskan bahawa,pelajar yang seimbang yang dimaksudkan ialah, mereka bukan sahaja mempunyai Purata Gred Nilai Kumulatif (PGNK) yang tinggi, tetapi juga mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi juga.

“Kita kini ada ikon-ikon industri yang akan datang mengajar dari dalam kalangan tokoh-tokoh korporat dan para Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dengan pelbagai ikon profesional.

“Kita akan lebih memfokuskan kepada pelajar dan juga kepada pensyarah. Tadbir urus universiti akan diperkemaskan dengan kemampanan kewangan di samping penggunaan teknologi akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

KPM 0125tj

“Proses transformasi tersebut akan berlaku di semua universiti. Pendidikan tinggi kita sebenarnya telah jauh terkehadapan, justeru mengapa memilih untuk menyambung pengajian di luar negara sedangkan kedudukan ranking universiti kita juga telah jauh banyak terkehadapan berbanding dahulu,” ujar Idris lagi.

Tambahnya lagi, pemilihan tokoh siswa pada hari ini menunjukkan hasrat kementerian mahasiswa cemerlang ini terus menjadi sumber inspirasi dan ikon kepada semua lapisan mahasiswa bermula daripada peringkat sekolah sehingga ke peringkat universiti.

Idris turut menzahirkan harapan agar dengan wujudnya pengiktirafan yang tinggi seumpama ini, mahasiswa akan terus merebut peluang selain menggunakan tempoh masa berada di universiti sebaik mungkin untuk melakukan yang terbaik dan terus mempelbagaikan platform dalam memberi sumbangan secara proaktif kepada masyarakat kerana masyarakat akan sentiasa terus menilai graduan yang dihasilkan oleh pendidikan tinggi negara.

KPM 0332

Dalam pada itu, Naib Canselor USM Profesor Dato’ Dr. Omar Osman dalam ucapan aluannya turut menegaskan bahawa, aspirasi satu Malaysia merupakan cabaran besar kepada mahasiswa-mahasiswa Insitut Pengajian Tinggi (IPT), khususnya dalam mewujudkan kesepakatan bersama.

“Kita perlu sentiasa menambah baik aktiviti-aktiviti yang berkaitan perpaduan kaum dan bangsa di Malaysia khususnya.

KPM 0338IMG 0338

“Majlis ini juga merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada bakat-bakat dan usaha murni mahasiswa dalam program-program kepimpinan dan kesukarelawanan kepada universiti khususnya dan negara amnya,” ujar Omar lagi.

Omar turut menzahirkan rasa gembiranya juga apabila USM diberikan kepercayaan untuk menggalas dan memikul tanggungjawab bagi penganjur ATS 2014 kali ini.

ATS 2014 juga turut mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menggondol tujuh anugerah daripada 19 anugerah yang dipertandingkan.

KPM 0349

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai penganugerahan besar sedemikian, Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr. Yahaya Ibrahim turut menzahirkan rasa bangga apabila para pelajarnya cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, malahan kokurikulum.

“Alhamdulillah, malam ini merupakan malam buat UniSZA dan ini membuktikan kejayaan hasil daripada kerja keras para pelajar serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

“Pihak UniSZA sentiasa menyokong penuh aktiviti para pelajar di samping menitikberatkan kemahiran insaniah selain pencapaian akademik yang memberangsangkan, justeru saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak dalam menjayakan anugerah pada malam ini,” ujar beliau.

Hadir sama ialah Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan; KPPT, Jabatan Pendidikan Tinggi, Dato’ Profesor Dr. Asma Ismail; serta pegawai-pegawai utama universiti. - Teks: Nor Rafizah Md. Zain & Siti Naquiah binti Abdillah/Foto: Mohd Fairus Md. Isa