Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

ATLET JAYA CEMERLANG DI TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KE 41 & SUKAD 2014/2015

TOT-20150510-WA0143

PULAU PINANG, 11 Mei 2015 – Kontinjen Desasiswa Jaya, Kampus Kejuruteraan mempamerkan kecemerlangan di Temasya Olahraga Tahunan (TOT) kali ke 41 yang telah berlangsung di Stadium Olahraga, USM Kampus Induk selama dua hari bermula Sabtu yang lalu.

Tot-1

Kontinjen Jaya yang diketuai pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Nor Azlinda Abdul Saat, berjaya membawa pulang 7 pingat emas, 5 pingat perak dan 3 pingat gangsa.

Pingat emas telah disumbangkan dalam acara Lompat Kijang (L), 400m (L), 4x100m (L), Lompat Jauh (L), 200m (L), 4x400m (L) dan Tarik Tali (W). Pingat perak pula, diperolehi melalui acara Lompat Tinggi (L), 100m (L), 400m (L), 5000m (L) dan 3000m Lari Berhalangan (L). Manakala pingat gangsa berjaya diperolehi melalui acara 800m (L), 200m (L) dan Merejam Lembing (W).

TOT-20150510-WA0141

Lebih manis pada kejohanan tersebut, atlet daripada Desasiswa Jaya iaitu Wan Zhi Xuan turut dinobatkan sebagai Atlet Terbaik (Lelaki) yang menyumbang pingat emas dalam acara 4x100m dan 4x400m.

Beliau turut mencatatkan rekod baru dalam temasya pada kali ini melalui acara  400m dengan catatan masa 50.0 saat mengatasi rekod lama iaitu 51.4 saat.

Pada acara pembukaan temasya, Desasiswa Jaya turut dinobatkan sebagai johan bagi acara SUKAD 2014/2015 yang berlangsung sebanyak tiga fasa sepanjang sidang ini.

Dengan kekuatan kontinjen seramai 90 orang, Desasiswa Jaya telah membuktikan keupayaan mereka dalam banyak acara yang dipertandingkan sekaligus berjaya mengekalkan Piala Pusingan Johan Pasukan (Lelaki) selama dua tahun secara berturut-turut bagi kedua-dua kejohanan tersebut.

Teks: Mazlifendirizan Md Rejab / Suntingan: Mohd Kamil Ashar / Foto: Mohammad Shafiq Abdul Aziz