Skip to main content

LGU SEHARIAN DI KAMPUS KEJURUTERAAN

LGU DSC0589

NIBONG TEBAL, 25 Ogos 2016 – Ahli Lembaga Gabenor Universiti (LGU), Universiti Sains Malaysia (USM) membuat lawatan di Kampus Kejuruteraan bagi meninjau kemudahan dan keadaan kampus di sini hari ini.

Mereka yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Gabenor, Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan memulakan lawatan ke Makmal Baharu, Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) yang merupakan Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) teras perkhidmatan pertama di Malaysia bertempat di bangunan Ruang Penyelidikan Bersepadu (RPS).

LGU DSC0533

Ahli Lembaga Gabenor itu turut melawat makmal yang telah melahirkan penyelidik yang banyak menyumbang kepada pengiktirafan universiti iaitu Profesor Dr. Bassim H. Hameed di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia yang juga diiktiraf sebagai The World’s Most Influential Scientific Minds 2015 pada tahun lalu dan turut diiktiraf sebagai salah seorang daripada “The Most Cited Researchers Shanghai Academic Ranking of World Universities” baru-baru ini.

Turut mendapat pengiktirafan Academic Ranking of World Universities (ARWU) itu adalah Profesor Dr. Lee Keat Teong, juga daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia dan Profesor Dr. Hanafi Ismail daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral.  

LGU DSC0575

Turut mendapat perhatian LGU iaitu Makmal Penyelidikan Graphene yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat, USM, Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia yang makmalnya terletak di Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa.

Sebelum itu, mereka yang terdiri daripada sembilan orang ahli dan sembilan Ex-Officio termasuk Pendaftar, USM yang juga sebagai setiausaha telah menyempurnakan Mesyuarat Lembaga Gabenor ke 111 di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pengarah, Kampus Kejuruteraan.

LGU DSC0433

 

Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin