Skip to main content

KAMPUS KEJURUTERAAN BERPERANAN PENTING DALAM KECEMERLANGAN USM - NC

DSC 4497

NIBONG TEBAL, 13 Mac 2018 - Kampus Kejuruteraan berperanan besar dalam kemerlangan Universiti Sains Malaysia (USM).

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dalam ucapan perasmian beliau di Career Fair 2018 di sini hari ini.

“Tahun demi tahun, Kampus Kejuruteraan telah menjadi permata kepada universiti melalui pencapaian-pencapaian signifikan yang sentiasa menaikkan nama serta kedudukan USM.

“Malah, subjek-subjek yang ditawarkan di kampus ini telah berjaya meletakkan kedudukan USM sebagai antara universiti yang terbaik di dunia melalui QS World University Rankings,” tambah Asma dihadapan mereka yang hadir termasuklah wakil-wakil industri yang turut serta dalam Career Fair 2018 ini.

DSC 4521

DSC 4562

 

Career Fair merupakan program Flagship USM yang dianjurkan oleh Pelajar dari Kampus Kejuruteraan dengan kerjasama Bahagian Hal EHwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) dan tahun ini merupakan tahun ke 12 ianya diadakan.

Selain daripada itu, Asma turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan beliau akan keputusan pihak industri yang sentiasa menjadikan USM dan pelajarnya sebagai pilihan utama dalam setiap peluang yang wujud dan ini seterusnya dapat mengukuhkan lagi hubungan antara kedua belah pihak.

DSC 4430

DSC 4439

“Perkara ini dapat dibuktikan dengan jumlah penajaan yang konsisten saban tahun, malah saya difahamkan bahawa Career Fair 2018 telah mencipta satu rekod baharu dimana jumlah penyertaan telah mencapai jumlah maksimum iaitu sebanyak 68 buah syarikat,” kata Asma.

“Namun, perkara ini tidak akan dapat dicapai tanpa kerjasama daripada setiap tenaga pelajar yang terlibat yang mana ianya sangat membanggakan apabila kebolehan dan semangat pelajar berjaya dipaparkan dalam pengajuran acara besar seperti ini,” tambah beliau.

DSC 4445

DSC 4449

Asma selepas majlis pelancaran turut meluangkan masa untuk mengunjungi tapak-tapak pameran yang terlibat sambil diiringi oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri & Masyarakat, Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dan Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria.

DSC 4689

DSC 4745

DSC 4808

Career Fair 2018 akan berlangsung selama dua hari mulai 14 Mac hingga 15 Mac 2018 di Dewan Utama kampus Kejuruteraan, USM.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman