Skip to main content

WUS 101, KURSUS PRAKTIKAL ILMU KEUSAHAWANAN

DSC 8183

NIBONG TEBAL, 24 April 2018 - Ekspo Keusahawanan 2018 melalui Kursus Teras Keusahawanan (WUS 101) menjadi medium pembelajaran dan latihan kepada pelajar untuk mendalami serta mempraktikkan ilmu keusahawanan masing-masing.


 
Menurut pelajar bidang Kejuruteraan Bahan dari Pusat Pengajian Kejruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Siti Noor Farhana Mat Saad kursus ini memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk lebih memahami konsep menjadi seorang usahawan secara langsung.
 
“Malah, melalui penganjuran ekspo seperti ini juga dapat memberi gambaran serta situasi yang sebenar seorang usahawan di mana saya dapat mengenalpasti konsep persaingan dan untung rugi perniagaan bersama-sama dengan ahli kumpulan,” tambah pelajar tahun satu ini.

DSC 8163
 
WUS 101 merupakan kursus teras universiti dan menjadi keperluan wajib kepada setiap pelajar dalam memenuhi tuntutan untuk bergraduasi di USM.
 
Seorang lagi pelajar, Nur Aina Yasmin Mohd Safki, juga dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral bidang Kejuruteraan Polimer, 20, dapat memupuk semangat muhibah dan kerjasama di antara satu sama lain.

DSC 8181
 
“Perkara ini adalah memandangkan kami berada di dalam kumpulan yang dianggotai oleh ahli daripada pelbagai kaum dan pusat pengajian.
 
“Pembahagian kumpulan seperti ini juga telah membuka peluang kepada kami mahasiswa untuk mengenali pelajar dari pusat pengajian yang lain yang seterusnya akan mewujudkan semangat perpaduan dan sikap bekerjasama,” kata Aina.

DSC 8191
 
Ekspo Keusahawanan 2018 ini diadakan secara bersama dengan malam kebudayaan selama dua hari iaitu pada 24 hingga 25 April ini dengan jumlah pelajar terlibat adalah seramai 609 orang.
 
Jumlah pelajar ini kemudiaannnya dibahagikan kepada 102 kumpulan dimana mereka diharuskan untuk membuka gerai jualan dan seterusnya menjalankan perniagaan yang sebenar selama dua hari Ekspo ini berlangsung.
 
Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman