Skip to main content

NAIB CANSELOR USM LANCAR PUSAT KEMUDAHAN TRANSIT DI KAMPUS KEJURUTERAAN

DSC 1095

NIBONG TEBAL, 6 Jun 2018 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Asma Ismail melancarkan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Transit dan Tadika Lestari sempena Majlis Berbuka Puasa bersama Naib Canselor di Kampus Kejuruteraan, USM.

Program KAFA Transit dan Tadika Lestari ini adalah inisiatif Pusat Islam Kampus Kejuruteraan sebagai kemudahan kepada warganya untuk menjadi tempat persinggahan anak-anak untuk makan tengahari dan juga bersiap untuk ke sekolah di sesi petang.

Pusat Islam juga menyediakan pengangkutan untuk anak-anak kakitangan yang berdaftar dengan program ini ke pusat transit tersebut.

DSC 1047

Pelancaran ini juga merupakan satu daripada cabang usaha dalam menggalakkan kakitangan untuk lebih menghargai waktu dan pada masa yang sama ianya akan memudahkan aktiviti seharian mereka tanpa menjejaskan kualiti kerja masing-masing.

Pelancaran tersebut diadakan bersempena Majlis Berbuka Puasa yang dihadiri lebih kurang 800 orang yang terdiri daripada pengurusan tertinggi universiti, pelajar serta staf dan komuniti sekitar USM.

DSC 1108

DSC 1074

Pada majlis yang sama, turut disampaikan sumbangan kepada 20 orang kelainan upaya pendengaran melalui sumbangan Baraka Ramadhan USM seperti tahun-tahun sebelumnya dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Sumbangan ini juga turut disampaikan kepada 40 orang warga USM yang terdiri daripada mahasiswa serta staf yang layak.

DSC 1053

DSC 1046

 

Turut sama hadir adalah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan isteri, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi,Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein serta ketua-ketua jabatan USM.