Skip to main content

MPPUSM KAMPUS KEJURUTERAAN ANJUR FORUM BICARA HEBAT

WhatsApp Image 2019 05 01 at 12.00.36 PMNibong Tebal, 30 April 2019- Intelektual Siswa, Menjana Intelegensia merupakan motto Bicara HEBAT yang dianjurkan oleh Sekretariat Pembangunan Prasiswazah dan Akademik Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan . Tajuk yang dipilih adalah berdasarkan masalah yang kini diperkatakan dan sering dihadapi dalam kalangan pelajar iaitu 'Kemurungan : Kesedihan Biasa atau Satu Penyakit'.

Bicara HEBAT yang berbentuk forum ini dikendalikan oleh moderator, 'Aisyah Mardhiah serta dua orang panel, Thaqif Naqiuddin dan Shamin Aida. Mereka adalah pelajar yang aktif dalam pertandingan debat di peringkat universiti. Sebagai selingan, persembahan nyanyian daripada vokalis After Midnight, Nurul Izzah Bashid, johan pertandingan MathGotTalent. Selain itu, foodtruck juga menjadi daya tarikan buat para pendengar sepanjang program ini dijalankan.

WhatsApp Image 2019 05 01 at 12.00.34 PM

Antara isi perbincangan adalah faktor-faktor terjadinya kemurungan di kalangan pelajar. Selain itu, langkah menangani seseorang yang mengalami penyakit kemurungan yang diutarakan oleh panel adalah menjadi pendengar yang baik kerana mereka hanya mahu meluahkan masalah. Sesi 'open mic' juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pendengar. Ini menunjukkan para pelajar teruja tentang topik yang dibincangkan.

Penganjur berharap program seumpama ini dapat diteruskan di masa hadapan serta mendapat sokongan dari pelbagai pihak.