JLU & PPKSBM SAHUT CABARAN NC
NIBONG TEBAL, 1 Mac 2019 - Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM), Professor Datuk Dr Asma Ismail telah mengeluarkan arahan berkaitan usaha dalam mewujudkan gandingan serta kerjasama antara alumni bersama pihak pusat pengajian di dalam universiti.
Perkara ini telah disahut serta dilaksanakan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Jaya Lembaran Utama (MPDJLU) dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) pada hari yang sama dengan tarikh arahan dikeluarkan.
MPDJLU dan PPKSBM telah bekerjasama dalam melaksanakan suatu program bertajuk Bicara Santai Alumni pada petang hari tersebut.
Program ini menjemput alumni-alumni sidang akademik 2007/2011 daripada PPKSBM untuk kembali ke alma mater untuk bertemu dengan staf-staf desasiswa serta pusat pengajian.
Malahan, para alumni juga dapat bertemu dengan penghuni desasiswa yang sangat bertepatan dengan konsep program ini dalam tujuan untuk mengeratkan kembali silaturahim alumni bersama penghuni desasiswa, pelajar Kejuruteraan Sumber Mineral dan staf desasiswa serta PPKBSM.
Program ini merangkumi pertemuan alumni bersama penghuni dan memberi input berasaskan forum untuk berbicara secara santai mengenai kehidupan selepas belajar serta pengalaman sepanjang di alam pekerjaaan.
Program bicara ini telah dikendalikan oleh pihak MPDJLU dan terbuka kepada semua penghuni desasiswa. Ramai penghuni hadir untuk memberi sokongan dan berminat untuk mendengar forum diberikan oleh para alumni desasiswa.
Hasil usaha sama ini bertujuan untuk mewujudkan alumni yang aktif dalam menyokong aktiviti desasiswas serta pusat pengajian sambil mewujudkan komunikasi yang lebih berkesan antara alumni, staff desasiswa, adik-adik pelajar, pensyarah kejuruteraan Sumber Mineral, pusat pengajian dan syarikat di mana para alumni bekerja.
Perkara ini telah membuktikan bahawa pihak MPDJLU dan PPKSBM mampu untuk melaksanakan cabaran NC pada hari yang sama demi merealisasikan visi dan misi USM memupuk semangat alumni bersama staf-staf USM.
Teks: Hasliza Mat Saad / Foto: Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral