WARGA KAMPUS DAN WARGA SEKITAR, BERSAMA MELESTARIKAN AKTIVITI RAMADHAN

DSC 3414

NIBONG TEBAL, 3 April 2021 – Warga Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan warga sekitarnya seperti tahun-tahun sebelumnya bersama bersatu dalam melestarikan aktiviti tahunan di Bulan Ramadhan.

Perkara ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Profesor Dr. Taksiah A. Majid,dalam ucapan perasmian mewakili Pengarah Kampus ketika Majlis Sambutan Hilal Ramadhan Peringkat Kampus Kejuruteraan yang diadakan baru-baru ini.

“Aktiviti memasak dan memberi makan kepada 1000 orang setiap hari, tugas-tugas cucian dan kemasan ini adalah mustahil untuk dilaksanakan jika hanya dilakukan oleh 10 atau 20 orang sahaja,” kata beliau.

“Malah, jamuan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan yang diadakan setiap hari di Masjid Pusat Islam Kampus Kejuruteraan ini adalah aktiviti terbesar yang diadakan di sini,” tambah Taksiah.

DSC 3398

DSC 3403

DSC 3365

Beliau dalam ucapan tersebut turut berbesar hati dan berterima kasih di atas sumbangan majlis berbuka puasa ini yang mana ianya adalah hasil daripada sumbangan orang ramai dengan belanja RM2500 setiap hari.

Selain daripada jamuan, wang yang disumbangkan oleh orang ramai juga turut digunakan sebagai salah bantuan Amal Ramadhan dan disalurkan kepada warga kampus yang kurang mampu dan memerlukan.

DSC 3410

DSC 3420

DSC 3475

Di dalam majlis ini, seramai 100 kit sumbangan Maidah Rahman telah diedarkan kepada yang kurang berkemampuan dan terdiri daripada staf universiti, staf kontrak cucian, pelajar berkeluarga serta ahli qaryah sekitar.

Forum yang menampilkan penceramah jemputan, Datin Ustazah Hajah Rokiah Abd Aziz, Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan dan Ustaz Roslan Che Rus sebagai moderator turut menjadi salah satu tarikan majlis ini.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI