Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

100 KAKITANGAN, 300 PELAJAR B40 KAMPUS KEJURUTERAAN USM TERIMA SUMBANGAN MAKANAN YaPEIM 

DSC 2704 3

NIBONG TEBAL, 3 Disember 2021 – Seramai 100 orang kakitangan dan 300 pelajar dari golongan B40 Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) menerima sumbangan Bank Makanan dan Makan ready-to-eat dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). 

Pengerusi Negeri Pusat Pentadbiran YaPIEM Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, Tuan Haji Fauzi Adnan yang menyampaikan sumbangan tersebut menyatakan bahawa ini adalah inisiatif YaPEIM untuk menyumbang semula kepada masyarakat. 

“Apatah lagi penyerahan yang sudah memasuki fasa ke-3 ini adalah hasil potongan gaji dari kalangan mereka yang berkempuan di luar sana,” kata Fauzi. 

“Selain daripada itu, kita juga ingin berterima kasih kepada USM kerana sudi untuk bekerjasama dengan YaPEIM dalam menyampaikan sumbangan melalui majlis ringkas ini walaupun sedang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” tambah beliau. 

DSC 2690

DSC 2712

Mewakili Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Mohd Suffian Yusoff pula berharap agar kesempatan yang diperolehi melalui sumbangan ini bukan sahaja akan mengeratkan hubungan antara kedua belah pihak, malah hubungan USM dengan masyarakat secara keseluruhan juga. 

“Apatah lagi, tanggungjawab untuk memberi sumbangan kepada fakir miskin seperti ini bukan sahaja terletak di bahu YaPEIM tetapi kita sebagai umat islam secara keseluruhan,” kata beliau. 

DSC 2707

DSC 2716

DSC 2728

“Mudah-mudahan sumbangan ini akan dapat diteruskan lagi di masa akan datang dan memberi manfaat kepada semua yang terlibat di dunia dan akhirat,” tambah Fauzi. 

Bank Makanan yang diberikan adalah berupa beras, minyak masak, tepung, bihun, ikan bilis, sardin, susu pekat, biskut dan juga daging segar manakala makanan ready-to-eat akan disampaikan kepada pelajar terpilih sebanyak enam kali. 

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman 

Sekian. Terima kasih.