Skip to main content

NC RASMI KARPET DEWAN SOLAT PUSAT ISLAM KAMPUS KEJURUTERAAN USM

DSC 9364

NIBONG TEBAL, 1 Mei 2022 – Naib Canselor, Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan merasmikan Karpet Dewan Solat Pusat Islam Kampus Kejuteraan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam satu majlis ringkas yang diadakan di sini baru-baru ini.

Pemasangan karpet di masjid Kampus Kejuruteraan tersebut telah siap sepenuhnya pada 20 April 2022 dan bertujuan untuk membolehkan semua pengunjung serta Jemaah masjid untuk solat dalam keadaan yang lebih selesa dan bersih.

Faisal Rafiq dalam ucapan beliau mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah berwakaf sehingga terlaksananya proses penggantian karpet ini.

Melalui Majlis Berbuka Puasa Bersama Kepimpinan Universiti bagi Peringkat Kampus Kejuteraan ini juga, beliau yang turut juga menyampaikan ribuan terima kasih beliau kepada semua pihak yang telah bekerjasama dalam projek ini dari awal sehinggalah ia selesai dipasangkan.

DSC 8215

DSC 8223

Selain daripada perasmian tersebut, Naib Canselor tersebut turut menyampaikan beberapa Sumbangan Khairat Kematian Koperasi Kelab Kebajikan & Sukan Staf Kejuruteraan (KKSSK), Sumbangan Aidilfitri pelajar USM B40, Sumbangan Aidilfitri Anak Yatim Staf dan Anak Yatim Miskin KAFA serta Tadika.

Di dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan Hadiah Pertandingan Fasting Challenge dan Hadiah Pertandingan Kaligrafi Islam yang telah dianjurkan Pusat Islam sepanjang Bulan Ramadan tahun ini.

DSC 9303

DSC 9383

DSC 9408

Turut sama hadir adalah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Azlinda Azman, Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria dan Pemangku Ketua Pustakawan, Encik Mohd Nasir Md Rashid.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman