Skip to main content

USM DAN KAMUNTING PLANT SDN. BHD BANGUNKAN BAHAN TURAPAN LESTARI

DSC 4461

 

NIBONG TEBAL, 10 Januari 2022 – Universiti Sains Malaysia dan Kamunting Plant Sdn. Bhd akan membangunkan bahan turapan lestari melalui penandatanganan Non-Disclosure Agreement (NDA) antara kedua-dua pihak di sini hari ini.

NDA ini juga membangunkan bahan turapan lestari dengan mengunakan bahan pengisi alternatif dari sisa industri (lime kiln dust) melalui kerjasama kajian dilakukan melibatkan beberapa orang penyelidik dari Sustainable Asphalt Research Group (SARG).

Akan diketuai oleh Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Rosli Mohd Hasan, Makmal Kejuruteraan Lebuhraya, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA), USM dan Makmal KPP Sdn Bhd, perjanjian ini akan turut menjalankan percubaan lapangan dan pemantauan di tapak di mana keputusan akan dibentang ke PLUS Expressways Berhad serta pihak berkuasa berkaitan.

DSC 4455

DSC 4450

Antara kebaikan lain pembangunan perjanjian ini adalah melalui bahan pengisi komersialnya (Ordinary Portland Cement) yang memerlukan penggunaan tenaga dan pembebasan gas rumah hijau yang tinggi di mana ia membantu usaha negara dalam mencapai net zero carbon dalam industri pembinaan.

Malah, sebelum digunakan dalam bahan turapan, lime kiln dust ini juga akan digunakan sebagai bahan pemerangkap karbon di kilang pemprosesan batu kapur, justeru meningkatkan kelestarian projek ini dan membantu dalam meningkatkan ketahanan bahan turapan jalan terhadap tindakbalas lembapan (Agen Anti-stripping).

Teks:Siti Faizah Abd Halim
Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman