Skip to main content

MoU ANTARA USM DAN UMM TINJAU KERJASAMA PERLOMBONGAN BERSKALA BESAR

Frame Album copy

NIBONG TEBAL, 23 Mac 2023 - Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung antara Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineralnya (PPBSM) dan Universitas Muhammadiyah Mataram (UMM) meninjau kerjasama lanjut antara kedua-dua pihak terutama dalam bidang perlombongan berskala besar.

“Kepakaran serta kemajuan peralatan USM dalam bidang mineral, perlombongan, serta geologi bukan sahaja boleh dilaksanakan melalui kaedah knowledge transfer antara dua universiti yang terlibat.

“Malah, ianya juga boleh di kembangkan dengan lebih besar lagi melalui pinjaman khidmat kakitangan PPKBSM ke UMM untuk melihat dengan lebih dekat lagi aktiviti perlombongan di Indonesia memandangkan ianya dijalankan dengan skala lebih besar di sana,” kata Dekannya, Profesor Ir. Dr. Mariatti Jaafar@Mustapha.

DSC 8658

DSC 8677

Menurut Mariatti lagi, kerjasama ini juga diharap agar berjalan lancar secara dua hala yang mana salah satu daripada usaha yang boleh dilaksanakan adalah dengan mengirimkan kakitangan universiti masing-masing untuk satu sesi latihan yang berkenaan untuk sepanjang perjanjian ini nanti.

Apatah lagi menurut beliau, bidang perlombongan di Indonesia dijalankan dengan skala yang lebih besar berbanding Malaysia dan jelas memberi ruang yang lebih besar kepada kepakaran USM untuk menjalankan kajian di negara itu nanti di sebalik MoU ini.

Bagi Dr. H. Aji Syailendra, Dekan, Fakulti Kejuruteraan, UMM pula, pihaknya sangat mengalu-alukan pertemuan ini di mana ianya menjadi medium kepada pihak UMM untuk melihat secara langsung peluang-peluang kolaborasi yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua pihak.

DSC 8673

DSC 8728

“Kami turut berbesar hati untuk mempersilakan kakitangan USM untuk mengajar pelajar-pelajar kami di UMM secara dalam talian contohnya dan ini tidak terbatas kepada PPKBSM sahaja malah ianya terbuka kepada pusat pengajian lain juga.

“Selain daripada itu, kami juga menyokong sebarang bentuk cadangan serta sokongan yang boleh kita lakukan sepanjang tempoh kerjasama ini demi memastikan objektifnya tercapai,” tambah beliau.

Teks: Siti Faizah Abd Halim

Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman