BAZAR RAMADAN KEJURUTERAAN TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN
NIBONG TEBAL, 7 Mac 2023 – Penganjuran Bazar Ramadan oleh Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Desasiswa Jaya Lembaran Utama dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) serta Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti Kampus Kejuruteraan terima sambutan menggalakkan dari pengunjung.
Bazar yang diadakan dari 3 hingga 5 April 2023 di hadapan Kafe Lembaran ini adalah bertujuan untuk memberi peluang dan pengalaman kepada pelajar di samping menyediakan medium kepada pelajar untuk mendekati bidang keusahawanan.
Pelbagai juadah disediakan dalam bazar kali ini seperti martabak, kerabu meggi, air balang, oden dan lokcing manakala 15 gerai yang terlibat pula adalah milik pengusaha dari kalangan pelajar dan staf kampus sendiri.
Melalui bazar ini, BHEPA Kampus Kejuruteraan bersama-sama dengan syarikat Yusuf Taiyoob turut mengambil kesempatan dengan memberikan sumbangan kurma kepada pelajar sebagai juadah berbuka puasa.
Teks : Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar / Foto: Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar dan Abbe Hasley Mhd Jalil
Suntingan: Siti Faizah binti Abd Halim