Skip to main content

‘ENGLIGHTENED TO-BE ENGINEER’, PROGRAM KOLABORASI PERPUSTAKAAN, PMIUSMKKj DAN SEE KAMPUS KEJURUTERAAN USM

IMG 20230409 WA0050

NIBONG TEBAL, 22 Jun 2023 – Perpustakaan, Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan Students Society of Electrical and Electronics (SEE) Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan sebuah program dengan tema ‘Englightened To-be Engineer’ di sini hari ini.

Melalui program ini, empat aktiviti telah dijalankan secara berperingkat bermula April hingga Jun 2023 iaitu Effective Thesis Formatting Using Microsoft Word @EngLib, Brush It On 2.0, Eid Deco@Englib dan Treasure Hunt in The Library.

Blank 6 Grids Collage 2

Blank 4 Grids Collage 4

 

Timbalan Ketua Pustakawan, Perpusatakaan Kampus Kejuruteraan USM, Puan Radia Banu Jan Mohamad berkata, program ini dianjurkan bukan sekadar untuk bergembira mengisi masa lapang sahaja.

“Namun, ia juga akan membuka peluang pemindahan ilmu sambil meningkatkan kompetensi, skil serta kreativiti pelajar dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan sepanjang program berlangsung.”

“Selain daripada itu, aktiviti yang telah dijalankan ini juga akan membantu peserta dalam pembelajaran dan kerjaya kelak kerana ianya perlu diselesaikan secara praktikal dengan merujuk kepada teori-teori dalam bidang kejuruteraan itu sendiri,” kata beliau.

Puan Radia turut menyatakan bahawa perpustakaan, sebagai hub ilmu pengetahuan serta aktiviti pemindahan ilmu kepada pelajar bukanlah sekadar penyedia perkhidmatan pinjaman buku dan penyedia ruangan sahaja.

Blank 6 Grids Collage 1

“Kami juga sentiasa menyediakan program yang boleh menyumbang kepada nilai tambah dari segi sahsiah diri, kompetensi, common sense, amalan kerjasama dan amalan hormat menghormati pelajar di samping membuka ruang kepada aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah mereka.”

“Ilmu yang disampaikan pula diharap akan memberi manfaat kepada pelajar apabila mereka berada di luar kampus, di dunia industri mahupun ketika menjalani kehidupan pasca siswazah kelak.

“Semoga aktiviti-aktiviti akan meningkatkan lagi hubungan baik pelajar dengan perpustakaan dalam jangka masa panjang atas faktor ‘Pembelajaran Sepanjang Hayat’ dan kami di sini sebagai penyedia perkhidmatan perkongsian ilmu sangat menyokong perkara ini,” tambah Puan Radia.

Program yang diadakan ini telah melibatkan staf perpustakaan khususnya sembilan orang pustakawan Penglibatan staf Perpustakaan serta 42 orang Ahli Jawatankuasa dari SEE dan PMI manakala jumlah peserta sepanjang program adalah seramai 136.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Ihsan Perpustakaan Kampus Kejuruteraan USM